Bola Sepak : Pemain Tumpuan Liga Juara-Juara Eropah 2015/16

Sepak mula Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 akan kembali dengan 32 pasukan bakal bersaing di peringkat kumpulan di mana pasukan juara dan naib juara kumpulan akan meneruskan kemaraan ke pusingan 16 terbaik. 8 pasukan di tangga ketiga pula bakal meneruskan saingan ke pusingan 32 Piala Liga Europa 2015/16 akan datang. Pasukan FC Barcelona pastinya sekali lagi turun dengan misi utama mempertahankan gelaran kejuaraan yang mereka miliki musim lalu. Namun saingan musim ini pastinya mencabar dengan setiap pasukan membawa masuk pemain-pemain berkualiti bagi memantapkan pasukan masing-masing untuk cabaran musim panjang 2015/16 ini.

Bual Sukan berpandangan setiap paaukan pastinya bakal memberikan aksi terbaik masing-masing bagi mencari mata berharga sama ada di gelanggang sendiri mahupun di gelanggang lawan. Setiap peluang dan ruang yang tercipta untuk menjaringkan gol pastinya akan dimanfaatkan oleh pasukan masing-masing. Tidak mustahil kejutan juga pastinya bakal berlaku dalam saingan musim ini. Berikut adalah antara pemain yang bakal menjadi tumpuan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 akan datang :

Lionel Messi (FC Barcelona)
Cristiano Ronaldo (Real Madrid)
Thomas Muller (FC Bayern Munich)
Edinson Cavani (PSG)
Wayne Rooney (Manchester United)
Kevin De Bruyne (Manchester City)
Mesut Ozil (Arsenal)
Cesc Fabregas (Chelsea)
Luuk de Jong (PSV)
Paolo Dybala (Juventus)
Antoine Greizmann (Atletico Madrid)
Alexandre Lazacatte (Lyon)
Hulk (Zenit)

ep2p-2