Bola Sepak : Kedudukan Carta Jaringan Liga Juara-Juara Eropah 2015/16

Sepak mula Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 atau UEFA Champions League telahpun kembali dengan saingan peringkat kumpulan melibatkan 32 kelab yang telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Pasukan Juara serta Naib Juara Kumpulan akan meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 terbaik manakala 8 pasukan di tangga ketiga kumpulan akan bersaing dalam Pusingan 32 terbaik Piala Liga Europa 2015/16 akan datang. Pasukan FC Barcelona pastinya sekali lagi turun selaku pilihan untuk mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki apatah lagi mereka memiliki barisan pemain yang terbaik di semua posisi. Namun begitu saingan kelab-kelab lain juga pastinya sengit dan mendebarkan.

Bual Sukan percaya saingan musim ini bakal menyaksikan keputusan-kepuusan luar dugaan selain aksi-aksi dramatik daripada kelab-kelab yang bersaing musim ini. Antara peranan yang bakal ditagih oleh setiap pasukan adalah kemampuan pemain-pemain mereka mencipta peluang selain menjaringkan gol demi gol bagi membantu pasukan masing-masing. Berikut adalah Kedudukan Carta Penjaring Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 :

3 Gol
Cristiano Ronaldo (Real Madrid)

2 Gol
Antoine Griezmann (Atletico Madrid)

1 Gol
Angel Di Maria (PSG)
Edinson Cavani (PSG)
Karim Benzema (Real Madrid)
Hector Moreno (PSV Eindhoven)
Luciano Narsingh (PSV Eindhoven)
Memphis Depay (Manchester United)
Julian Draxler (VfL Wolfsburg)
Nicolas Gaitan (Benfica)
Kostas Mitroglu (Benfica)
Mario Mandzukic (Juventus)
Alvaro Morata (Juventus)
Kevin Gameiro (Sevilla)
Ever Banega (Sevilla)
Yevhen Konoplyanka (Sevilla)

Gol Sendiri
Giorgio Chellini (Juventus) – Perlawanan bertemu Manchester City

* Kemaskini pada 16 September 2015.

ep2p-5small