Betul ke UMNO taja Perhimpunan Baju Merah?? Mengarutlahh…

Ingat geng Barisan Nasional (BN) dan UMNO desperate sangat ka sampai nak tolong taja geng ‘baju merah’ untuk menjayakan perhimpunan dorang yang bakal diadakan pada 16 September ini di ibu kota! Semata-mata nak lawan dengan geng ‘baju kuning’ Bersih tuh…. Ehhhhhh please laaaa tak kuasa makk tau!

Lain la macam parti pembangkang, dapat dana sampai berjuta-juta tapi tak berani nak dedahkan siapa penyumbangnya. Ntah-ntah dorang sendiri paa yang tolong bagi sponser duit hahah! Patut la bil sampah sarap liat nak bayar.. Duit habis buat demo dah kot opssssss!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO tak pernah terlibat sikit pun dalam urusan tajaan perhimpunan tu. Walaupun ada la sekerat dua pemimpin parti terlibat mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO) masing-masing.

Sementara itu, Najib sempat berpesan, semua pihak yang terlibat dalam perhimpunan itu mesti mematuhi undang-undang negara dan arahan pihak berkuasa. Jangan buat perangai tak senonoh macam geng Bersih tu.

“Apa sahaja undang-undang dan arahan polis mesti dipatuhi pe¬nganjur perhimpunan ini termasuk tempatnya dan apa juga peraturan bersabit dengan perhimpunan yang bakal diadakan ini.

“Kita tidak akan benarkan untuk merosakkan keamanan dan ketenteraman negara serta tentu sekali tidak boleh dijadikan sebagai platform yang berbaur perkauman,” katanya.

Dengar kata ramai yang akan sertai perhimpunan anjuran Pertubuhan NGO-NGO Malaysia tue, paling sikit pun 300,000 orang, mewakili 500 pertubuhan Melayu. Najib juga bagi kebenaran kepada ahli-ahlinya kalau-kalau dorang nak join perhimpunan tu.

“UMNO tidak terlibat tetapi pemimpin yang terlibat itu macam Bersihlah, nama-nama sebelah sana pun terlibat,” ujarnya. Dan apa yang pasti bukan UMNO yang taja okey!-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small