Asam pedas ayam

 lauk asam pedas ayam yang kak rose masak pada hari jumaat, tapi nak jugak tepek kat sini…. biar pun dah abes jadi baja… tak pe la kan… sendiri masak, sendiri buat tayangan amal dan sendiri makan…. asalkan jangan cuba2 nak cilok gambar orang lain sudah la… biar pun tak lawo, tapi tu la hasil dari kerja tangan kita sendiri kan…kalau tengok kat fb sekaramg ni gambar2 masakan kita dikongsikan tapi dengan resepi yang lain dan tak de nak credit to the photo owner! kejisssss kan… nak dapatkan banyak like dengan jalan mudah!

nak buat camner kan… asalkan jangan kita pulak terikut2 dengan cara tu udah ler… meh nak kongsikan resepi ayam masak asam pedas ni… mekasih pada yang kongsikan resepinya ya… mintak halal nak kopikan kat sini. tapi terlupa pulak nak masukkan potongan tomato dalam tu. adussss!

Bahan Kisar

  • 20 tangkai lada kering- digunting dn direbus terlebih dahulu
  • 1 labu bawang besar
  • 4 bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit belacan (kak rose x bubuh yg ni)
  • 1 sudu besar lada hitam-tumbuk halus
  • 1 ekor ayam- di potong, bersihkan dan di toskan
  • segenggam asam jawa – diramas dgn 1 cawan air
  • 1 sudu besar halba
  • 1 batang serai – diketuk
  • daun kesum – ikut suka banyaknya
  • 1 btng bunga kantan-saya tambah (kak rose x de!)
  • 1 biji tomato – di belah empat
  • 1 liter air atau lebih ikut suka sama ada nk pekat atau cair kuahnya
  • garam dan sedikit gula
  • minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumiskan halba dan 2 senduk bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
  2. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar lalu masukkan air , serai , lada hitam, kacau dan tunggu sehingga mendidih
  3. Masukkan ayam, daun kesum dan dan masak selama 15 – 20 minit dan akhir sekali masukkan tomato, gula dan garam secukup rasa . * masam, pekat atau cair kuahnya ikut selera masing2*
  4. Siap untuk di hidang dan dimakan

ep2p-5small