Anwar merajuk, kata ada orang tak bagi dia jumpa peguamnya.

Sentap teruk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa dia tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan peguam-peguamnya, N. Surendran dan Datuk Ambiga Srevaneesan untuk berurusan pasal perjalanan kes mahkamah.

Iyela sekarang ni kan Anwar masih lagi menjalani hukuman penjara selama lima tahun di universiti Sungai Buloh tu. Dalam pada itu Ketua Umum PKR itu mendakwa, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah melanggar hak apabila dia menghalang tugas peguam-peguamnya.

“Tindakan ini telah menafikan saya daripada berbincang dan memberi arahan mengenai kes-kes mahkamah yang mana saya terlibat dalam sejumlah 16 kes sivil dan jenayah,” katanya.

Menurut Anwar, dia tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan peguamnya pada Rabu lalu atas urusan peguamnya itu perlu mengambil arahan mengenai kes-kes mahkamah yang akan berlangsung pada 15 September dan 5 Oktober nanti.

Tambahnya lagi, sebelum ini pun peguamnya telah dihalang untuk berjumpa dengannya walaupun ada afidavit untuk diikrarkan pada kadar segera.

“Hormati undang-undang dan proses mahkamah dengan membenarkan peguam jalankan tugas dengan sempurna dan tanpa gangguan,” katanya.

Yela tu, kadang-kadang tu bukan ada urusan penting sangat pun yang nak jumpa sangat dengan penguam tu, padahal nak tahu isu semasa yang terjadi, lepas tu sibuk-sibuk nak bagi arahan dari dalam penjara haha! Betul tak??

Kalau tidak takkan ada punya surat cinta dan arahan kasih sayang daripada Anwar terbang dari penjara.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2