Akibat Tangguh Kahwin, Alat Sulit Lelaki Ini Dipotong.

Di Beijing, seorang perempuan menyerang kekasih dia bertindak potong alat sulit lelaki tu selepas lelaki tu berulang kali menangguhkan hasrat untuk menceraikan isteri dia yang sah dan berjanji nak kawen dengan dia.

Perempuan mana tak panas dan sakit hati kalau dok berjanji bagai terutama kalau janji nak kawen tapi tak kawen-kawen juga. Memang cari nahas la kan?

Lelaki tu berusia berusia 50 tahun dan seorang ahli perniagaan berjaya yang dikenali pula tu. Nama family lelaki tu Liu, dia menjalinkan hubungan sulit dengan perempuan tu lima tahun lalu. Dah lama diorang dok ‘berkasih sayang’, patut perempuan tu mengamuk sakan. 

Difahamkan, lelaki tu bagitau perempuan berusia 30 tahun tu yang dia dan isteri dia dah menjalani kehidupan masing-masing, tak lagi sebagai suami isteri, walaupun masih tinggal di rumah yang sama di bandar Hangzhou, ibu negeri wilayah Zhejiang di timur China. Kononnya dia nak membina hidup baru dengan perempuan tu.

Menurut sumber, lelaki tu bertemu dengan suspek di sebuah hotel. Lelaki tu mendakwa dia diberi dadah sampai tak sedarkan diri. Sebaik sedar, lelaki tu terkejut dirinya dibasahi darah dan mendapati zakar dia dah dipotong. Dia cuba cari zakar dia tapi gagal dan terus keluar dapatkan bantuan. 

Polis la ni dok buru perempuan tu. Janji tinggal janji la. Kekasih gelap dia lebih pantas buat ‘kerja’ bagi lelaki tu meyesal seumur hidup! Hihhiihi. MissHana/Utaranews.com.

ep2p-2