KUALA LUMPUR: Bekalan besar yang diharapkan Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika bertemu kelab Hong Kong, South China FC pada suku akhir pertama Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin sebentar tadi tidak kesampaian apabila keputusan berakhir seri 1-1.

Keputusan itu menyaksikan JDT berdepan laluan agak sukar untuk melayakkan diri ke separuh akhir kejohanan elit bola sepak Asia itu ketika kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi di laman lawan, 15 September ini.


JDT striker Luciano Figueroa can't find a way through the South China defence in the AFC Cup quarter-final first leg match in Larkin on Tuesday. The match ended 1-1. - BERNAMABeraksi dalam keadaan hujan, JDT berjaya di depan menerusi penalti penyerang berbahaya Luciano Figueroa pada minit ke-49 selepas permainan berakhir tanpa jaringan pada babak pertama. Penalti diperoleh selepas bola hantaran S Kunanlan terkena tangan pemain South China, Mehsah.

South China begitupun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-64 menerusi Mahama Awal. Untuk rekod, pengendali JDT, Mario Gomez adalah bekas pengendali South China.

VIDEO Highlights