VIDEO Pahang Persiakan Peluang, Terengganu Puas Hati

PENJAGA gol Terengganu, Mohd. Sharbinee berjaya menghalang pemain Kapten Pahang, Mohd. Razman Roslan tetap berpuas hati pencapaian naib juara Liga Super dan kemampuan mereka memberi saingan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) sehingga penghujung saingan.

Menduduki tempat ketiga musim lalu, Pahang berada setapak lebih baik walaupun berpeluang cerah bergelar juara pada satu ketika.

Entah di mana silapnya, Pahang tiba- tiba bergelut mendapat kemenangan pada tiga aksi terakhir Liga dan situasi itu jelas menguntungkan JDT.

Selaku ketua pasukan, Razman mengakui mereka rasa sedikit kecewa kerana melepas peluang keemasan tetapi dia berasakan rakan- rakannya telah mencuba hingga kudrat terakhir.

“Kita berpeluang menjadi juara tetapi kami mempersia-siaakan peluang itu. Bagaimanapun, kami sudah cuba yang terbaik untuk memperbaiki kedudukan tahun lepas, itu yang lebih penting”

Tidak rela mengakhiri saingan musim ini dengan tangan kosong, Razman tekad mahu mempertahankan Piala Malaysia dan optimis rakan-rakannya mampu bangkit daripada kekecewaan.

“Kita akan cuba mengekalkan Piala Malaysia dan menembus kembali kecewaan Liga Super tahun ini,” ujarnya.

Sementara itu Biarpun menamatkan saingan Liga Super pada tangga keempat namun pengendali pasukan Terengganu tetap berpuas hati dengan persembahan dan semangat juang pemain yang tinggi ditunjukkan sepanjang saingan berlangsung.

Penolong Ketua Jurulatihnya, Ahmad Yusoff berkata walaupun pada awal musim prestasi pasukan itu kurang memberangsangkan namun mereka terus bangkit untuk bagi merangkul kedudukan terbaik.

“Kita berjaya menamatkan saingan liga super dengan tangga keempat dan ia masih dalam sasaran pasukan ini semua hasil kerja keras semua pemain dan para pegawai bagi merealisasikan sasaran tersebut

Syukur kemenangan demi kemenangan yang diperolehi ini kita berjaya memperbaiki kedudukan tidak berada ditangga tercorot liga,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan malam tadi.

Pada aksi menentang Pahang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi, skuad Penyu meranapkan harapan pasukan pelawat untuk muncul juara liga selepas mengalahkan Pahang 3-1.


Kemenangan yang dicatatkan itu sekali gus menyaksikan pasukan pelawat sekadar muncul naib juara Liga Super dengan pungutan mata 44 di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tiga gol skuad Penyu dijaringkan oleh Issey Nakajima-Farran pada minit ke-14, Mohd Ashari Samsudin (minit ke-32) dan Mohd Nasril Izzat Jalil pada minit ke-66 manakala Pahang meraih gol saguhati menerusi Damion Delano Stewart pada minit ke-47.

Sementara itu pengendali pasukan Pahang Zainal Abidin Hassan berkata perasaan kecewa tetap ada kerana bertandang ke Terengganu dengan menggalas misi untuk muncul juara liga namun kecundang di penghujung perlawanan.

Katanya pujian harus diberikan kepada para pemain yang berhempas pulas dan telah lama berjaya menduduki tangga teratas liga dan pasukan telah berusaha untuk merampas kejuaraan itu namun nasib tidak menyebelahi skuad Tok Gajah.

“Apa pun pujian harus diberikan kepada para pemain dan tidak dinafikan Terengganu beraksi cemerlang serta bijak menggunakan peluang yang ada bagi memastikan kemenangan menjadi milik mereka,” katanya.

VIDEO

Terengganu 3-1 Pahang – Liga Super 2015 oleh bptve

ep2p-5small