Video: Mahkamah Putuskan Model Bogel Petaling Street, Tidak Gila

Kuala Lumpur – Bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai dengan gambarnya tanpa baju dan coli menjadi viral di laman sosial, adalah waras dan layak dibicarakan di mahkamah.

 

Majistret Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor memutuskan demikian selepas meneliti laporan kesihatan mental yang dikeluarkan Hospital Tanjung Rambutan, terhadap Persana Avril Sollunda, 33.