Seorang guru ganti menjadi mangsa samun di 7E Pagoh, Muar pagi tadi masa hendak ke sekolah. Suspek 2 orang menaiki MyVi Hitam dan menghala ke Lenga selepas samun. Cikgu tersebut luka dikepala dan kena 6 jahitan..

Menerusi video rakaman CCTV yang kini menjadi viral, suspek dilihat cuba merampas beg tangan mangsa namun guru terbabit sempat melawan sehingga menyebabkan suspek mengeluarkan sebuah objek seakan kayu besbal bagi menyerang mangsa.

Dalam pergelutan yang berlaku pada 6.42 pagi itu, suspek berjaya merampas beg tangan mangsa dan kemudiannya melarikan diri dengan menaiki kereta Perodoa Myvi berwarna hitam.


Mungkin sangkaan suspek yang menyangkakan golongan wanita ini mudah untuk ditewaskan apabila bergelut namun situasinya sebaliknya berlaku apabila dia diasak dengan hebatnya oleh guru terbabit.

Dilaporkan guru berkenaan kerugian RM700  dan menerima tujuh jahitan di kepala.

VIDEO