Harimau Muda C dibawah kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd pulang ke tanah air malam ini dengan rasa bangga selepas mencatat 15 kemenangan 1 seri dan 1 kalah selepas tiga bulan berada di Slovakia.

Kemenangan ke-15 hadir selepas berjaya menundukan Inter Bratislava B19 2-1 pada Selasa.

Muhammad Jafri Firdaus Chew muncul penjaring terbanyak skuad negara dengan 11 gol diikuti Mohamed Syamer Kutty dengan 7 gol.

Aksi 3 bulan di Slovakia merupakan penyediaan bagi menghadapi Piala AFF B-19 pada hujung Ogos ini dan juga kelayakan AFC B-19 Oktober ini.

Sepanjang tempoh tiga bulan di Slovakia, Harimau Muda C berjaya merekodkan lima belas kemenangan, satu seri dan satu kekalahan daripada tujuh belas aksi perlawanan.


REKOD PERLAWANAN HARIMAU MUDA C DI SLOVAKIA

Tarikh Perlawanan
2 Jun 2015 FC Horna Nitra B19 2-0 Harimau Muda C
9 Jun 2015 Harimau Muda C 3-1 Slovan Levice B19
16 Jun 2015 Spartak Myjava B19 0-3 Harimau Muda C
20 Jun 2015 Harimau Muda C 2-1 FKM Karlova Ves B19
23 Jun 2015 Vion Zlate Moravce B19 0-2 Harimau Muda C
30 Jun 2015 Harimau Muda C 4-0 Jaslovske Bohunice SK BL B19
4 Julai 2015 Inter Dubravka SKP B19 0-2 Harimau Muda C
7 Julai 2015 Harimau Muda C 5-1 FKM Nove Zamky B19
11 Julai 2015 MFK Topvar Topolcany B19 0-1 Harimau Muda C
14 Julai 2015 Harimau Muda C 3-0 MFK Dubnica nad Vahom B19
21 Julai 201524 Julai 2015 FK Lokomotiva Trnava 0-2 Harimau Muda CHarimau Muda C 5-1 MFK Ruzomberuk B19
26 Julai 2015 Dunajska Streda B19 2-3 Harimau Muda C
28 Julai 2015 Harimau Muda C 4-0 Cermansky FK Nitra B19
2 Ogos 20155 Ogos 2015 FK Puchov B19 1-3 Harimau Muda CHarimau Muda C 2-2 MFK Skalica B19
11 Ogos 2015  Inter Bratislava B19 1-2 Harimau Muda C

VIDEO