Teresa Kok Nafi Muatnaik Status Berbaur Perkauman

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini menafikan memuatnaik status berbaur rasis di laman sosial Twitternya pada Khamis lalu.

 

Teresa yang juga ADUN Kinrara mendakwa beliau tidak tahu mengenai status berkenaan dan mendakwa ada pihak yang menggunakan namanya untuk Twitter palsu berkenaan.

 

“Saya tidak pernah menghantar status sebegini. Saya telah periksa Twitter saya, dan ternyata tiada status sebegitu.

 

“Seseorang telah menyalahgunakan akaun Twitter saya untuk berbuat demikian. Saya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan saya berharap mereka akan mengambil kes saya ini”, kata Teresa Kok.

 

Dalam status berkenaan, tertulis “Rappists, robbers, kidnappers, housbreaking is usualy done by one of the races in Malaysia – apparently done by Malay”.

 

Ia membawa maksud bahawa Teresa menyalahkan kaum Melayu atas beberapa kes jenayah yang berlaku di negara ini, antaranya merogol, merompak, menculik, pecah rumah.

 

Teresa sebelum ini pernah mengundang kontroversi apabila menerbitkan video sindiran sempena Tahun Baharu Cina yang berjudul Onederful Malaysia pada tahun lalu.

 

Video berdurasi 12 minit itu pernah disiasat polis kerana ada unsur fitnah dan hasutan dalam kandungan klip video berkenaan.



This entry was posted in Jenayah, Terkini and tagged Teressa Kok. Bookmark the permalink.