Terengganu amuk ATM 5-1

atm 1-5 vs terengganu 2015 liga super
ATM vs Terengganu [5-1] Liga Super 2015 | Dunia Sukan Online

Terengganu meneruskan momentum kemenangan selepas membelasah ATM 5-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi di Seremban malam tadi.

Penyerang import dari Jepun, Issey Nakajima Faran muncul wira dengan menjaringkan hatrik di penghujung babak kedua.

Babak awal menyaksikan Terengganu beraksi dengan berhati-hati dengan ATM lebih banyak melancarkan serangan ke arah kubu pasukan pelawat yang diterajui bekas penjaga gol kebangsaan Sharbinee Allawee.

Namun pasukan Peteh terlebih dahulu membuka jaringan melalui gerakan Norsharul Idlan Talaha dihantar kepada Sharin Shapien dan ditanduk cantik oleh Ismail Faruqi Ashari minit ke–14.

Gol itu ternyata mengejutkan pasukan tuan rumah yang bagaikan tersedar dari lamunan dan bingkas menggempur kubu Terengganu tetapi gandingan bek kental Bikana dan Hasmizan dapat menyerap asakan mereka.

Usaha berterusan ATM akhirnya membuahkan hasil dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit–22 melalui sepakan percuma menarik oleh pemain import Abdulafees Salam. Kedudukan ini kekal hingga tamat searuh masa pertama.

Gustavo Lopez menceriakan penyokong yang hadir selepas menjaringkan gol setelah 3 minit bermula babak kedua juga menerusi sepakan percuma.

Kemasukan Issey Nakajima Faran jelas membantu Terengganu menggadakan asakan yang bertali arus ke arah benteng ATM dan berjaya menyumbang 3 gol iaitu hatrik pertama beliau musim ini hasil hantaran pemain tengah Fakrurazi Musa.

Hasrat Skuad Penyu untuk menambah gol tidak kesampaian walaupun mendapat 3 peluang keemasan oleh Ashari Samsuddin, Ismail Faruqi dan Mat Yo begitu juga pasukan lawan yang turut hampir memperoleh gol tetapi kecemerlangan Sharbinee menjadi penyelamat.

Kesebelasan Terengganu:

Sharbinee Alawee, Zubir Azmi, Vincent Bikana, Hasmizan Kamaruddin, Hafizal, Nordin Alias (Kapten), Gustavo Lopez, Ismail Faruqi dan Norsharul Idlan Talaha.

Simpanan : Helmi Remeli, Izzat, Zairo Anuar Zailani, Azlan Ismail, Fakhrurazi Musa, Issey Nakajima Faran.

http://terengganutimes.com

ep2p-5small