Tembak mati wartawan dan jurukamera kerana tak puas hati dipecat.

Gara-gara ingin membalas dendam akibat pernah dipecat, seorang lelaki, Vester Lee Flanagan atau lebih dikenali sebagai Bryce Williams, 41 bertindak nekad dengan menembak seorang wartawan dan jurukamera stesen televisyen rangkaian CBS  ketika mereka sedang bersiaran langsung.

Mangsa, Alison Parker, 24; dan Adam Ward, 27; ketika kejadian sedang menemuramah Pengarah Dewan Perdagangan Smith Mountain Lake, Vicki Gardner untuk satu program pagi menerusi saluran WDBJ-TV di Roanoke, Virginia, Amerika Syarikat.

Video pembunuhan kedua-dua mangsa dengan secara kebetulannya disiarkan secara live di kaca televisyen dan ditonton oleh  rakan wartawan yang berada di studio berita dan penonton program berkenaan.

Lepas je suspek membunuh kedua-dua mangsa dengan enam das tembakan, suspek terus bertindak membunuh diri sendiri namun sempat diselamatkan dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. Nasib baik la imej si pembunuh berjaya dirakam melalui kamera jurukamera yang maut tersebut, dapat jugak dorang tahu sapa pembunuhnya.

Rupa-rupanya suspek adalah salah seorang staff yang dipecat oleh stesen televisyen tersebut kerana sering mengadu menjadi mangsa diskriminasi dan perkauman oleh rakan-rakan sekerjanya.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small