SPRM Kesal, PDRM Buat Tangkapan Jam 1 Pagi

Putrajaya – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kesal cara layanan yang diberikan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Ketua Pengarah, Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin.

 

Katanya, pihak polis tidak akan menahan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) pada jam 1 pagi melainkan ada pihak yang mengarahkan berbuat demikian.

 

“Saya kesal perkara ini berlaku, kami disiasat sepenuhnya hari siang dan malam. Tiba-tiba DPP kami diambil pada jam 1 pagi dan ia amat menghairan saya mengapa boleh berlaku sedemikian.

 

“Saya rasa pihak polis tidak buat kerja gila macam ini, kecuali ada pihak yang mengarahkan sedemikian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM pada Isnin.

 

Beliau mengaku disoal siasat oleh pihak polis selama tiga jam berkata, kenyataannya diambil untuk membantu siasatan pihak polis mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan.

 

Siasatan yang dilakukan oleh pihak polis adalah mengenai artikel yang disiarkan laman web Sarawak Report minggu lepas mengenai draf yang dikatakan kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri.

 

Bahri berkata, beliau yakin bahawa SPRM tidak terlibat dalam menghasilkan semula semula kertas pertuduhan itu.

 

“Saya yakin dengan sepenuh hati, bukan dari kami, mungkin satu bendanya adalah ‘reproduce’ semula,” katanya yang juga merupakan sebahagian daripada pasukan khas yang menyiasat 1MDB.



This entry was posted in Berita (Semasa), Terkini and tagged PDRM, SPRM. Bookmark the permalink.