Senarai 22 Pemain Malaysia Persahabatan Bertemu Bangladesh

Berikut senarai 22 pemain dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh untuk kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 23 Ogos (Ahad ini) bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Bangladesh di Stadium Shah Alam pada 29 Ogos (Sabtu).

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1

AFIF AMIRUDDIN

31

PERTAHANAN

PDRM

2

BADDROL BAKHTIAR

27

TENGAH

KEDAH

3

JOSEPH KALANG TIE

28

TENGAH

SARAWAK

4

AHMAD SYAMIM YAHYA

25

TENGAH

FELDA UNITED

5

AHMAD HAZWAN BAKRI

24

TENGAH

SELANGOR

6

YONG KUONG YONG

27

PERTAHANAN

PULAU PINANG

7

ZUBIR AZMI

24

PERTAHANAN

TERENGGANU

8

NORSHAHRUL IDLAN TALAHA

29

PENYERANG

TERENGGANU

9

NAZIRUL NAIM CHE HASHIM

22

PERTAHANAN

HARIMAU MUDA B

10

S KUMAAHRAN

19

PENYERANG

HARIMAU MUDA B

11

SYAHRUL AZWARI IBRAHIM

22

TENGAH

HARIMAU MUDA B

12

S KUNANLAN

29

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

13

SAFIQ RAHIM

28

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM

14

AMRI YAHYAH

34

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

15

ZAMIR SELAMAT

26

PENJAGA GOL

PERAK

16

NASIR BASHARUDDIN

25

TENGAH

PERAK

17

IDRIS AHMAD

25

PERTAHANAN

PERAK

18

NURRIDZUAN ABU HASSAN

23

TENGAH

PERAK

19

KHAIRUL FAHMI CHE MAT

26

PENJAGA GOL

KELANTAN

20

AMIRIZDWAN TAJ TAJUDDIN

29

PERTAHANAN

KELANTAN

21

WAN ZACK HAIKAL WAN NOR

24

TENGAH

KELANTAN

22

NOR FARHAN MUHAMMAD

31

PENYERANG

KELANTAN

Dalam senarai nama 22 pemain di atas, 11 daripadanya adalah pemain yang dikekalkan daripada skuad 23 pemain ketika dua perlawanan sulung Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 bertemu Timor Leste dan Palestin, Jun lalu.

Mereka ialah Afif Amiruddin, Joseph Kalang Tie, Ahmad Syamim Yahya, Ahmad Hazwan Bakri, Yong Kuong Yong, Zubir Azmi, S Kunanlan, Safiq Rahim, Amri Yahyah, Nasir Basharuddin dan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Lima pemain yang menyarung jersi skuad Pilihan Malaysia bertemu Liverpool pada aksi persahabatan, 25 Julai lalu turut dipanggil iaitu Baddrol Bakhtiar, Norshahrul Idlan Talaha, Nazirul Naim Che Hashim, S Kumaahran dan penjaga gol Zamir Selamat.


VIDEO Perlawanan terakhir Malaysia bertemu Bangladesh yang berkesudahan seri 1-1