Remaja perempuan rompak kedai serbaneka guna pisau lipat..

Ganasnyaaa…perempuan pun dah berani nak buat kegiatan merompak dah. Tak tahu la nak cakap minah ni berani atau bodoh haha! Satu kejadian rompakkan berlaku awal pagi kelmarin di sebuah kedai sebaneka di Georgetown.

Minah yang berusia dalam lingkungan 20-an tu bermodalkan pisau je dan dia masuk sorang-sorang sementara kawannya tunggu dekat motorsikal. Minah yang bertopi keledar putih tu pura-pura nak beli rokok kira-kira jam 12.55 pagi sebelum dia keluarkan pisau dari poketnya dan acukan kepada pekerja situ.

Masa tu dua orang pekerja lelaki ada di kaunter, alahhh baru acah pisau je dah gelabah mamat-mamat tu. Mungkin takut nak lawan dan risau akan nyawa dorang melayang, pekerja tu serahkan duit yang ada dalam mesin tunai seperti yang diarahkan suspek.

Dapat la RM155, kihkih Gomez nak tergelak pun ada. Berbaloi ke kena tangkap nanti gara-gara rompak RM155 je? Alang dah nak tunjuk gangster sangat rompak la bank.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Farid Alathrash Wahid mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya sedang mengesan suspek terbabit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, kerana merompak menggunakan senjata,” katanya.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2