Remaja 17 tahun di Kedah dirogol beramai-ramai..

Seorang remaja perempuan berdepan detik hitam bila dicabul dan dirogol sekumpulan remaja di Bandar Amanjaya, 12 Ogos lalu. Benda tu la orang paling takut jadi kat diri terutamanya perempuan. Jauhkan la semua tu!!!

Difahamkan, perempuan yang jadi mangsa tu baru berusia 17 mendakwa ditarik naik motor bersama empat orang perempuan dengan menggunakan dua motor. Perempuan tu ada juga try terjun dari motor tapi apa kan daya diorang ramai.

Kesian sungguh nasib yang menimpa perempuan tu. Diorang ‘culik’ dia pi kat area semak samun kat Amanjaya sebelum kena rogol tu dia kena tumbuk dan ditendang. Tak boleh blah betul la, apa yang tak puas hati tak tau la sampai sanggup buat kat orang macam tu!!!

Perempuan yang berlagak samseng tu panggil kawan lelaki diorang mai kat tempat tu and then rogol perempuan tu siap dengan mata ditutup. Manusia durjana tu ugut perempuan tu nak sebarkan gambar perempuan tu kalau dia sebarkan kejadian tu.

Selepas dah buat benda terkutuk tu, diorang hantar perempuan tu balik rumah dan perempuan tu pun cerita kat mak dia. Dengar semua tu mak dia apa lagi terus buat report polis.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Mohd Sabri Muhammad, polis jalankan siasatan selepas menerima laporan pengadu. Setakat ini empat remaja lelaki dan empat remaja perempuan ditahan reman sehingga 18 Ogos 2015 bagi membantu siasatan.

“Kesemua suspek berusia lingkungan antara 16 hingga 18 tahun dan motif kejadian masih dalam siasatan,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Mohd Sabri Muhammad.

Hukum diorang tu sampai diorang rasa serik nak buat jahat lagi kat orang! – MissHana/Utaranews.com.

ep2p-5small