Pulut serunding dan kuah durian

 pulut serunding dan kuah santan durian emergency….sebabnya en asben bagi tau nak adekan meeting dengan anak2 buahnya kat rumah malam tu. masa tu dah pun dah hampir pukul 6 petang dan dia kata buatkan pulut ni… tak ke melompat kak rose nak memasaknya… maklumlah kita ni bukan chef yang serba tau, nasib baik jer semua bahan dah ade kat rumah…. so bersilat la kak rose kat dapor petang tu… pulut pun tak sempat nak rendam, terus jer kukus dengan lebih sedikit santan tu… dan serunding udang kering pun memang ada ready stok… tinggal nak tepekkan jer!

 tapi tang kuah santan durian ni, memanglah kena masak jam tu jugak… sambil kukus pulut, siapkan pulak kuah santan durian ni…dan durian pun memang ada stok dalam fridge lebihan en asben jamu anak2 buahnya lepas raya hari tu…bli sampai 2 tong besar… tak terabes so perisi dan simpan dalam fridge, dan inilah penyelamat dikala suntuk2 cam ni….terus buat kuah santan durian untuk digandingkan dengan pulut tu.

 buat dua jenis sbb en asben bagi tau ade anak buah nya yang tak makan durian pulak…. tu yang godek fridge cari serunding udang kering n panaskan semula… masak jer pulut terus tepek dengan serunding, potong cili n daun pandan…kelam kabut pun nak buat cantik2 jugak, biar berselera nak makan…

yang hantu durian makan sampai bertambah2…. dan ade sedikit baki pulut dan kuah kak rose tapau bagi derang bawak balik… habis semua, senang kak rose nak kemaskan periuk belanga.

ep2p-5small