Pramugari Maut Terjun Dari Aras Empat Pangsapuri

Pramugari Cantik Malaysia Airlines Nyuk Moi Bunuh DiriMangsa ditemui dalam keadaan berpakaian lengkap didapati mati tertiarap sekitar jam 6.30 petang, 24 Ogos lalu.

Susulan kejadian tersebut gambar mangsa tersebar di alam maya dengan rata-rata netizen meluahkan perasaan kesal dan sedih atas kejadian tersebut.

Mangsa Chong Nyuk Moi, 29, disifatkan sebagai seorang yang cantik, masih muda dan memiliki karier justeru caranya mengakhiri hidup disesali ramai.

pramugari1

Berdasarkan gambar-gambar dikongsikan di laman sosial Instagram milik mendiang pula, ramai menyifatkan bahawa dia tidak kelihatan seperti mahu menamatkan riwayatnya sendiri.

Terdapat beberapa pos menunjukkan mendiang dalam kesedihan atau sedang berperang dengan perasaan namun ianya masih lagi pos yang boleh dianggap biasa dimuatnaik oleh semua orang.


pramugari3

Malah pos terakhir yang dipercayai dimuatnaik pada hari kematiannya menunjukkan seolah-olah mendiang mendapat semangat baru dalam hidup.

pramugari2Bagaimanapun berdasarkan keterangan rakan serumah mangsa dan rakan-rakan, mendiang sememangnya kelihatan agak terganggu sejak akhir-akhir ini termasuk dilihat menangis bersendirian di bilik pada pagi kejadian.

Ketika kejadian lewat petang itu, tingkap bilik mendiang didapati terbuka dan tindakannya tak disedari sesiapa kerana rakan serumah lain berada di bilik berasingan selain cuaca sedang hujan lebat.

Ketika ditemui mendiang sudah pun tertiarap di depan lobi Blok B kondominium yang didiaminya dalam keadaan berlumuran darah.

Siasatan mendapati bilik dalam keadaan biasa selain terdapat dompet serta nota bunuh diri ditinggalkan di atas katil.

Tingkap yang terbuka dengan lampu masih menyala di bilik mendiang di tingkat 4.

Bagi kami, ada dua pengajaran yang dapat diambil daripada kejadian tragis ini.

Pertama, sentiasa prihatin jika mendapati rakan, keluarga atau kenalan rapat anda berada dalam keadaan tertekan dengan masalah kerana siapa tahu, sampai satu tahap dia kehilangan pedoman hingga tersilap melakukan tindakan yang cuma beberapa saat tapi tak dapat diperbetulkan lagi.

Kedua, walau sebesar mana pun masalah dialami ingatlah bahawa jalan penyelesaian sentiasa ada. Jika berseorangan buat anda buntu maka keluarlah.. nescaya didapati dunia ini masih sangat luas dan ada banyak perkara menggembirakan sedang menanti. – MYNEWSHUB.CC

ep2p-2