Pesawat Indonesia Bersama 54 Penumpang Hilang Di Papua

Papua – Sebuah pesawat Indonesia milik Trigana Air dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan menara kawalan kira-kira jam 2.00 petang (waktu Malaysia) tadi.

 

Pesawat tersebut dilaporkan berlepas dari lapangan terbang Sentani, ibu negara Papua menuju ke Oksibil.

 

Pesawat yang membawa 54 penumpang itu dikendalikan oleh kapten Hasanudin dan dijadual tiba pada jam 3.15 petang tadi.

 

Insiden disahkan oleh jurucakap Kementerian Pengangkutan Indonesia, J.A Barata.

 

“Ya betul, ada pesawat yang telah terputus hubungan dengan menara kawalan Sentani” ujarnya ringkas ketika diminta mengulas mengenai kejadian tersebut, memetik laporan portal NewsDetik sebentar tadi.

 

Menurutnya pesawat tersebut membawa 49 penumpang bersama 4 orang krew.

 

Pihak berkuasa Indonesia dilaporkan telah mengerakkan operasi bagi mencari pesawat tersebut. – SuaraTV

 

BERITA LANJUT MENYUSUL

 

 

 

 



This entry was posted in Luar Negara, Terkini and tagged Trigana Air. Bookmark the permalink.