Pengasuh TASKA maki hamun anak jagaan di Facebook.

Amboiii-amboiiii cantiknya bahasa dia dok panggil anak orang monyet!!! Kurang ajaq betul la minah ni ye. Tak ada adab lansung!

Pengasuh kurang di ajar tu memuatnaik status di laman Facebook milik dia dok meroyan mengutuk ibu dan anak kecik yang dijaga di sebuah taska.

Kapsyen yang dimuatnaik bernama Lillu tu, ‘Anak monyet tak reti duduk diam. Mak kau acah bagus, suruh pantau anak yang macam monyet ini. Pergi taska sudahlah tak mandi. Lepas itu minum nak kena bersuap. Seluar pun ikat dengan getah. Babi tak mampu ke mak kau? Eh siallah.’

Dek kerana mulut badan binasa, tu yang ditanggung oleh Lillu kena hentam dan dikecam dengan orang ramai membalas status yang dimuatnaik di laman Facebook dia!

“Sedap mulut kata anak manusia ini anak monyet. Kalau rasa tak boleh nak kerja di taska, berhenti sajalah. Kenapa ada juga manusia seperti ini? Lebih baik kau dijadikan sebagai binatang,” kata Kak Long

“Siapa mak baby ini? Baik awak jangan hantar baby awak ke taska itu lagi. Tak selamat dah, nanti kena dera oleh pengasuh sengal itu pula,” kata Amriez.

Ibu bapa kat luar sana tu kalau nak hantar anak ke pusat penjagaan tu pilih la yang betul-betul ikhlas menjalankan tanggungjawab dia ye. Jangan hantar ke pengasuh yang tak ikhlas makan gaji buta aje macam minah sengal tu!! MissHana/Utaranews.com.

ep2p-2