Pengacara NTV7 mengamuk didalam Facebook.

Pentingkan diri sendiri!! Disebabkan parking penuh, gamak sungguh owner kereta jenis Toyota Altis ni parking celah-celah diantara parking yang di khaskan oleh golongan Orang Urang Upaya (OKU).

Maybe dia dok badget yang orang OKU muat lagi nak parking…, iyelah kann.., sebab space untuk dorang kan agak luas.

Tapi tak kira la ruang tu luas atau tidak sebab tu memang space yang dikhaskan untuk dorang tak payah la sibuk nak berhimpit. Marah betul Bekas pembaca berita TV3 yang kini bertugas di NTV7, Ras Adiba Radzi melalui akaun facebook pasal perangai selfish sesetengah manusia ni.

Ras Adiba yang juga merupakan seorang OKU setelah lumpuh separuh badan upload satu gambar pasal kejadian yang telah menimpa dirinya. Disebabkan kereta Toyota tu parking macam tu, menyukarkan Ras Adiba untuk keluar dari kereta.

“Di manalah kamu letak otak? Bagaimana saya hendak keluar daripada kereta saya!

“Saya terperangkap, tak dapat keluar daripada Volvo putih,ishh sabar jer lah.”

“Semua orang tolong jadikan viral, lebih baik jika berita dia, dia mungkin lupa bawa otak sekali bila keluar rumah… haiyo!” katanya.

Betul la tu maybe otak dia tertinggal kat rumah tak pun kena makan dengan zombie haha!-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2