Pemburu tertembak anak Hantu Galah di Setiu Terengganu??

Sedang tersebar didalam laman media sosial berkenaan sekeping gambar yang menunjukkan seorang lelaki yang sedang mendukung sejenis makhluk yang agak menggerikan.

Menurut kenyataan di gambar berkenaan, ianya adalah merupakan makhluk yang tidak dapat dikenalpasti jenisnya. Ia dikatakan ditembak oleh pemburu di Kg Ajil Setiu Terengganu yang disangkakan Kijang.

Ada netizen yang mengatakan makhluk berkenaan adalah spesis haiwan yang jarang dijumpai manusia. Ada pula yang mengatakan bahawa mahkluk berkenaan adalah anak kepada Hantu Galah.

Hasil carian pihak kami di laman siber, gambar yang dikatakan milik pemburu di Terengganu tersebut adalah berasal dari negara Bolivia. (http://www.oocities.org/tsiktsikcu/bolivia7.html)

Binatang tersebut adalah monyet dari spesis Lone Spider yang mempunyai tangan serta kaki yang panjang. Begitu juga dengan ekor monyet berkenaan yang digunakan untuk bergayut diantara dahan pokok.

Didalam gambar berkenaan, seorang lelaki dipercayai telah menembak monyet berkenaan dan kemudiannya dibakar bagi membuang segala bulu dibadannya sebelum dimakan. Sebab itulah ia kelihatan pelik seperti didalam gambar.

Jadi, makhluk yang dikatakan anak hantu galah dan sebagainya itu hanyalah tak lebih dari seekor monyet. Gambar tersebut digunakan oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja mencari publisiti murahan untuk mencari banyak like di Facebook dan juga media sosial lainnya. – Big B/Utaranews.com

ep2p-2