Pelancaran Windows 10, Rra Baru Untuk Industri

AMERIKA SYARIKAT – Windows 10 menandakan ‘era baru’ telahpun bermula untuk komputer peribadi, kata Ketua Eksekutif Microsoft.

 

Dilancarkan di seluruh dunia pada Rabu, ia menjadi usaha terbaru syarikat gergasi teknologi tersebut untuk mengubah nasib industri mudah alih.

 

Windows 10 akan ditawarkan dengan kemas kini percuma kepada kebanyakan pengguna.

 

Bagaimanapun, untuk syarikat-syarikat masih perlu membayar untuk kemas kini versi, dengan tanggungjawab pemasangan terletak kepada pengeluar komputer.

 

Penganalisis berkata strategi terbaru ini direka untuk mempercepatkan penerimaan.

 

Dipetik daripada BBC, Satya Nadella berkata, “Windows 10 adalah satu pencapaian besar bagi kita sebagai sebuah syarikat, dan juga industri.”

 

Microsoft sehingga kini telah mengeluarkan satu versi baru Windows selepas beberapa tahun.

 

Windows 10 menjadi pelancaran terbaik setakat ini dengan syarikat terbabit bakal mengemaskini perisian perisian tersebut secara percuma.

 

Selain itu, Nadella dipetik daripada BBC berharap ciri-ciri seperti pembantu peribadi digital Cortana kini setanding dengan Apple Siri, dan Google Now sekaligus menjadikan Windows 10 setaraf.

 

“Saya benar-benar teruja dengan Cortana.

 

“Jika anda berfikir tentang sejarah dalam teknologi, kami telah mempunyai konsep yang telah mengubah cara orang berinteraksi dengan sumber-sumber pengkomputeran mereka.

 

“Salah satunya ialah antara muka pengguna grafik, kedua adalah pelayar dan web. Saya memikirkan Cortana sebagai platform yang ketiga,” katanya.

 

Kemaskini versi untuk pengguna akan dilancarkan dalam masa terdekat. – TheRakyatPost