PasMa sokong Mukhriz digugurkan dari jawatan MB Kedah.

Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi menyokong penuh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir digugurkan jawatannya.

Phahrolrazi berkata, Mukhriz perlu digugurkan memandangkan hubungan kerajaan Pusat dak kerajaan negeri semakin parah apabila Mukhriz kelihatan menyokong bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baharu dipecat baru-baru ini.

“Saya melihat hubungan tidak begitu selesa antara kerajaan Kedah dan Kerajaan Pusat akibat berbeza pendapat dalam Umno apabilan bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad banyak mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Malah terbaharu isu pemecatan Timbalan Perdana Menteri, nampak Mukhriz lebih berpihak kepada Muhyiddin ia juga antara penyebab berlakunya keretakan Umno Kedah.

“Kalau kemelut yang berlaku sekarang berterusan. Jadi mungkin perlu seorang Menteri Besar yang lebih mesra dengan Pusat untuk melicinkan pentadbiran negeri,” kata Phahrolrazi.

Ekoran masalah dalaman itu, Mukhriz juga dilihat gagal membangun negeri Kedah dari segi pembangunan apabila hampir separuh penggal mentadbir negeri itu.

Jelasnya, dengan kemelut yang melanda, Mukhriz gagal membangunkan negeri itu apabila kerajaan Pusat enggan membantu kerajaan negeri untuk melakukan pebangunan di negeri itu.

“Nampak kerajaan Pusat tidak begitu membantu pembangunan di Kedah setelah hampir separuh  penggal mentadbir akibat kemelut dalam Umno,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menjelaskan kemelut yang melanda kerajaan negeri itu akan memberi peluang pada pihaknya untuk mengambil alih kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar.

“Saya fikir peluang untuk pembangkang cerah, malah ramai mengatakan kedudukan Mukhriz tidak begitu selesa dengan kemelut yang berlaku,” katanya.-Utaranews.com-

ep2p-5small