Oppo Malaysia Mengemaskini Harga Jualan Oppo R1x – Kini Berharga RM1198

Oppo Malaysia sebelum ini telah mengemaskini harga jualan untuk beberapa telefon pintar Oppo, termasuk antaranya adalah Oppo R5, Oppo R1L dan juga Oppo Neo 5. Pada minggu ini, pihak Oppo Malaysia meneruskan lagi perkara tersebut, dan turut mengemaskini harga jualan Oppo R1x.

Oppo R1x

Oppo R1x sebelum ini telah dilancarkan di Malaysia pada April 2015 yang leas, dimana ketika itu ia mula dijual pada harga RM1398. Melalui kemaskini harga, Oppo membuat potongan harga sebanyak RM200, dan kini Oppo R1x ditawarkan pada harga RM1198.

Oppo R1x menggunakan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi cip Snapdragon 615, memori 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel dan juga kamera hadapan 5-megapixel. Telefon ini menyokong dwi-SIM dan hadir dengan sokongan rangkaian 4G.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan peranti ini daripada pengedar rasmi Oppo seluruh negara pada harga baru ini bermula hari ini. Jangan lupa untuk membaca ulasan penuh peranti ini sebelum membuat pilihan untuknya.