Open house: menu simple kami

 Asalamaualaikum dan selamat pagi semua…. hasrat hati nak mulakan brisk walk pagi ni tapi hujan tak berhenti dari semalam lagi…. hujan lebat petang semalam menyebabkan semua jalan masuk ke rumah ni terputus, air sedalam paras pinggang sebab air sungai pinang yang melimpah, tak mampu nak menampung dah… nasib baik dalam 10pm something cam tu air dah surut, dapatlah encik asben amik motor dia yg ditinggalkan ditepi jalan… first experience jadi cam ni, rasa takut pun ada…. Ya Allah, mintak dijauhkan segala bahaya pada kami semua kat sini, Aamiin.

 sebenarnya nak jugak tepek kat sini apa yang kak rose masak masa open house pada hari ahad lepas…. first time masak laksa johor kat sini, takut jugak ada yg tak makan tapi tak sangka pulak ramai yang menyukainya hingga berulang makan. maklumlah kat sini kan terkenal dengan laksa penangnya. dengan kuah dari 5kg ikan kembung yang gemuk2 dan 6 packs of spaghetti tu semua habis. mulanya kak rose cuma rebus 4 packet of spaghetti jer sbb takut tak terhabes dan lepas tu bila tengok ramai yang suka terus lah tambah rebus lagi… Alhamdullilah, orang penang suka laksa johor pulak. lain kali pasti kena buat lebih lagi, Insya Allah.

 dessert yang sempat kak rose sediakan… agar2 santan pandan… guna resepi dari Ummi Home Sweet Home, mekasih ya Ummi. sedap dan sedang elok jer manisnya… tapi kak rose punya lapisan tu jadi nipis jer. apa pun semuanya habis pada akhir jamian.

 kek oren moist yang kak rose buat pada last minute untuk tambahan pada menu yang ada…

 congo bars yang kak rose sediakan sehari awal…. en asben yang tukang setting meja dan potong n susun kek dalam bekas… jelly pun dia yg tolong potongkan. nasib baik ada assistant yang rajin nak tolong, tapi banyak ngelat dari menolongnya! but at least ada jugak tolong tukang masak yang semuanya kena sediakan sendiri ni… cookies raya tak teramik gambo lak…tuan tanah bz layan tetamu dan gambar2 tetamu ada kat dslr en asben pulak… x dapat la nak tepek kat sini.

 end result…. sepinggan laksa johor yang lama kak rose tak buat…

lontong yang cuma jumpa udang kecik2 dan jugak udang kering… bila last minute cari bahan, ada je yang tak jumpanya….tak tau kenapa pasar yang ade dekat rumah ni macam jauh sangat bezanya bila bandingkan dengan yg selalu pergi kat sek 16 shah alam tu! ah!!! rindu shah alam!

ep2p-2