MH370 dikhuatiri meletup atas air sebelum terhempas dalam laut. #reunionisland #mh370

Seorang jurugambar AFP melaporkan beliau melihat polis mengumpul sekeping lagi serpihan yang dipercayai bangkai pesawat pada hujung minggu. Laporan mengatakan serpihan tersebut berukuran sekitar 100 sentimeter persegi.

Ahad lalu, sekeping serpihan pesawat yang berukuran 70 sentimeter panjang telah diserahkan kepada pihak Polis untuk siasatan.

Walaupun para penyiasat tidak mengesahkan serpihan yang baru ditemui itu datang dari mana-mana bahagian pesawat, tetapi pihak media percaya bahawa ianya ada kaitan dengan kehilangan MH370 milik Malaysian Airline System (MAS).

Bahagian pesawat yang djumpai pada ahad lalu kini telah dihantar ke Perancis bagi menjalani ujian. Ia untuk mengesahkan sama ada serpihan tersebut milik penerbangan MH370 atau pesawat lain.

Menteri Pengangkutan Malaysia pada hujung minggu lalu menjelaskan, serpihan yang dijumpai tersebut adalah milik pesawat Boeing 777 seperti yang disahkan oleh pihak berkuasa Perancis dan Boeing.

Walaubagaimanapun, ujian lanjut diperlukan bagi menentukan sama ada ia milik MH370 yang hilang pada Mac tahun lalu bersama 239 anak kapal.

Serpihan berukuran 2.5-meter yang ditemui oleh orang-orang membersihkan pantai di Pulau Reunion tersebut memerlukan masa sehingga sekurang-kurangnya Rabu minggu hadapan untuk dikenal pasti.

Kini berlegar khabar angin bahawa pesawat MH370 telah meletup diatas air sebelum terhempas ke dalam laut berikutan penemuan serpihan yang tersadai di pantai. – Utaranews.com

ep2p-2