Menantu hantu tampar ibu mertua bertubi-tubi..

Eshhhhhhhh…kejamnya!! Sanggup buat ibu mentua sendiri sampai macam tu sekali. Apa perempuan tu ingat orang tua tu punching bag kot sesuka hati dia je nak pukul bagai. Video berdurasi 1 minit 20 saat ni menyaksikan bagaimana seeorang menantu berani bertindak kejam terhadap mentuanya.

Wanita warga emas tu menjadi mangsa dan tempat untuk melepaskan kemarahan perempuan gila dalam video tersebut. Kejadian ini dipercayai berlaku di China dan telah menjadi viral di media tempatan China.

Bertalu-talu warga emas tu kena tampar dekat muka, buka takat tu je siap ada part kena tumbuk dekat muka pun ada. Kesian la dah tua-tua tapi dilayan seperti anak patung tempat untuk pijak terajang pulak.

Lebih menyayat hati, wanita yang berusia setengah abad tu tak mampu buat apa-apa selain merelakan saja si pelaku buat sebegitu. Tak tahu apa punca dia dibelasah dengan teruk, namun bagi Gomez apa pun salahnya dia tak patut dilayan sedemikian.

Takpe….takpeee…bumi ni kan berputar, lambat laut benda ni akan patah balik kat diri dia. Tengok la nanti ntah-ntah anak dia pulak yang layan dia macam tu sapa tahu kan.-TiraGomez/UtaraNews.com