Memey tak terkejut Abby nak kawin lagi..

Bagus betul hubungan yang terjalin antara Memey Suhaiza dan Abby Abadi ni.. Walaupun dulu ada konflik yang sangat besar berlaku antara mereka.. Tapi, dorang tetap berbaik.. Terbaru, Abby dah buat ramai peminat terkejut dengan pengumuman nak berkahwin lagi..

Bagi Memey pulak, dia tak terkejut bila baca berita Abby nak kahwin lagi kat laman sosial.. Sebabnya sebelum Abby bagitahu media, dia terlebih dulu berkongsi berita gembira tu padanya dan suami Norman Hakim..

“Saya dan Norman memang tidak terkejut dengan berita itu kerana sebelum ini lagi dia sudah beritahu hasratnya untuk berkahwin lagi.

“Cuma baru-baru ini sahaja baru secara rasmi dia beritahu kepada umum pengumuman tarikh perkahwinannya,” katanya..

Abby akan bernikah dengan seorang duda dikenali Mohd Faizal Zakaria.. Jejaka tu bekerja sebagai seorang wartawan.. Kalau korang follow IG milik Abby, korang boleh baca detik-detik manis perkenalan Abby bersama jejaka tersebut.. Dikongsikan oleh Abby di laman sosial..

Majlis perkahwinan dorang ni akan berlangsung 14 Ogos di Keramat, Kuala Lumpur.. Pada yang masih tak tahu, ini merupakan perkahwinan ketiga buat Abby.. Semoga semuanya berjalan lancar sehingga di hari perkahwinan mereka.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small