Mat Sabu Sahkan penyokong PAS dan UMNO akan join #Bersih4

Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu yakin penyokong Pas dan Barisan Nasional (BN) akan turut serta dalam Himpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini.

Menurut Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu berkata, beliau yakin penyokong Pas akan menyertai himpunan ini walaupun pimpinan parti itu mengeluarkan kenyataan tidak akan mengerahkan penyokong parti Islam itu untuk menyertai Himpunan Bersih 4.0.

Mat Sabu berkata, beliau yakin penyokong Pas akan turut serta himpunan itu kerana himpunan itu tidak parti politik, sebaliknya menyuarakan hak kita sebagai rakyat di negara ini.

“Kita yakin ahli Pas akan bersama dalam himpunan Besih 4.0 itu. Bersih adalah isu rakyat tidak kira parti politik semua akan turun,” kata bekas timbalan presiden Pas itu.

Selain itu, Mat Sabu juga yakin penyokong BN akan turut serta menyertai himpunan itu bagi mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur dari jawatannya sebagai Perdana Menteri demi menyelamatkan negara.

Mat Sabu berkata, himpunan ini diadakan bagi mendesak Najib untuk meletakkan jawatan dengan segera apabila beliau sering membawa beban kepada negara.

“Saya yakin di kalangan ahli parti pemerintah juga akan bersama kali ini kerana kerajaan mesti buat sesuatu untuk menyelamatkan ekonomi negara.

“Imej negara begitu berada dalam tahap mencemaskan. Oleh itu tekanan daripada rakyat 29 dan 30 Ogos nanti mahu Perdana Menteri dan Kabinet melakukan sesuatu,” katanya.

Walau bagaimanapun, keyakinan Mat Sabu untuk melihat penyokong Pas dan BN untuk sertai himpunan itu adalah hanya satu perkara yang di idamkannya sejak beliau menubuhkan GHB.

Ini kerana, penubuhan GHB sehingga hari ini tidak mendapat sokongan yang mampu membuat parti itu berdiri dengan sendiri tanpa memerlukan pertolongan parti lain.-Utaranews.com-

ep2p-5small