MANCHESTER City dilapor akan merampas Pedro daripada diikat Manchester United pada saat akhir ketika Barcelona dan United hampir mencapai persetujuan.

Akhbar Sepanyol, Marca melaporkan Pedro kini semakin hampir menyertai United dengan yuran pemindahan sebanyak £18.4 juta dan tambahan £2.8 juta lagi.

Bagaimanapun akhbar itu dipetik berkata, Ketua Eksekutif City, Txiki Begiristain kini telah mencelah dengan menyatakan hasrat pasukan berkenaan untuk dapatkan Pedro.


Berikutan itu, City sedia menaikkan jumlah yuran pemindahan kepada Barcelona iaitu sebanyak £21.2 juta dengan tambahan £1.4 juta berbanding tawaran United.

Dalam pada itu, bekas pemain Barcelona, Hristo Stoichkov memberi amaran kepada Pedro untuk tidak berada di bawah Louis Van Gaal di Old Trafford.

“Saya tidak akan sesekali menerima arahan daripada Van Gaal. Dia musnahkan Barcelona dan United.

“Lihatlah apa yang telah dia lakukan kepada Valdes (victor Valdes). Dia (Van Gaal) telah tunjukkan bahawa dia seorang yang jahat. Harap Pedro dengar apa yang saya katakan,” jelas Stoichkov.