Mahathir makin lupa diri.. Betul kah hanya dia layak dijadikan contoh??



Andy agak tertarik dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan pemimpin pada hari ini tidak layak menjadi contoh kepada generasi muda zaman kini.

“Saya rasa tidak rasa pemimpin sedia pada hari ini layak dijadikan sebagai contoh untuk anda,” kata Mahathir.

Mengapa beliau mengatakan sebegitu??? Adakah pemimpin era beliau adalah yang terbaik??? Jika benar pemimpin di era beliau adalah yang terbaik untuk dijadikan contoh, mana pemimpin untuk menggantikan eranya???

Tiada penggantinya bukan??? Ohh… barang kali anaknya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukriz Mahathir layak dijadikan contoh untuk anak muda kini. Sudah pasti Mahathir telah menjadi contoh kepada anaknya itu sebagai pemimpin.

Yelah… Mahathir kan seorang pemimpin yang cukup baik untuk dijadikan contoh. Mengapa??? kerana beliau seorang pemimpin yang tidak pernah mengambil wang bukan miliknya. Betul ke tak ambil???

Adakah wajar anak muda menjadikan Mahathir sebagai contoh apabila lantang menghentam dan mengkritik pentadbiran kerajaan. Malah menuduh Najib menggunakan wang bukan miliknya yang berjumlah RM42 bilion.

“What do you think, adakah pemimpin yang baik akan ambil wang RM42 bilion?” kata Mahathir.

Beginikah pemimpin yang perlu dicontohi oleh anak muda??? apabila kemahuannya yang mahukan jambatan bengkok tidak dipenuhi, beliau mula melemparkan fitnah kepada perdana menteri.

Bagi Andy, apa yang dikatakan oleh Mahathir ini adalah merapu ekoran sifat umurnya yang semakin meningkat. Bak kata orang, orang yang da berumur ni akan meracau yang bukan-bukan.

 Kalau pemimpin pada masa kini tidak boleh dijadikan contoh, tidaklah Malaysia berada dalam kelompok yang terbaik di mata dunia bukan???-AndyBolat/Utaranews.com-

ep2p-2