Mahathir guna pembangkang untuk jatuhkan pemimpin Islam Malaysia

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang buntu untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri terpaksa menggunakan pihak pembangkang untuk merealisasikan impiannya itu.

Mahathir berkata, Najib dapat disingkirkan melalui sokongan pihak pembangkang kerana pemimpin Barisan Nasional (BN) kini tidak lagi dapat membantunya untuk menyingkirkan Najib.

Beliau bagaimanapun memberitahu pihak pembangkang agar menyingkirkan Najib sahaja dari kerajaan dan bukannya BN kerana beliau BN kekal sebagai pemerintah negara.

“Ia bukan sesuatu yang akan dilakukan ahli Parlimen BN. Mereka tidak mahu memainkan peranan dalam menumbangkan kerajaan BN.

“Jika pembangkang bersungguh mahu menyingkirkan Najib, mereka hanya dapat berbuat demikian jika Najib ditolak tetapi kerajaan BN kekal, dipimpin pemimpin lain,” kata Mahathir.

Apa punya rancanganlah Mahathir ini… Mahu minta kerjasama pembangkang untuk jatuhkan Najib, tapi mahu BN terus kekal sebagai pemerintah. Ingat pembangkang tu nak ke macam tu??? Mereka pun duk tergila-gila bagai nak rak mahu jadi pemerintah.

Makin merapulah rancangan orang tua ni… patutlah syarikat automotif negara, Proton makin melingkup, duk bagi idea merapu sangat. Lebih baiknya Mahathir duk rumah main ngan cucu diam-diam xpayah nak menyibuk hal pentadbiran negara.-Utaranews.com-

ep2p-2