Lelaki Gali Kubur Kerana Mahu Bergaduh Dengan Mayat Bapa.

Ni dah kenapa meroyan nak gaduh dengan mayat sampai sanggup gali kubur tu! Di Sanford, Amerika Syarikat, seorang lelaki yang dikenali Michael May, 44 mengaku gali kubur bapak dia semata-mata nak bertengkar dengan mayat bapak dia. Otak dah mereng la tu noh.

Difahamkan, Michael ditahan kerana merosak kubur, mabuk kat tempat awam dan memilik dadah. Patut la gila meroyan semacam aje. Orang tak betul aje yang buat semua tu.

Menurut Michael, dia gali kubur tu sebab dah lama tak bertengkar dengan bapak dia. Elehh, rindu bapa dia la tu!

“Ketika bapa saya masih hidup, saya sering bertengkar dengannya dan tak berniat nak rosak kubur tu,” kata Michael.

Tu la time orang tu masih hidup tak nak hidup baik-baik dengan dia. Bila orang tu dah tak ada baru sibuk-sibuk pi cari kat kubur. MissHana/Utaranews.com.

ep2p-2