Laksa johor yang sedap

 laksa johor yang kak rose buat masa open house hari tu…memula tu ragu2 jugak buat laksa johor ni sbb kat sini kan tersangat lah femesnya dengan laksa penang derang kan…. takut jugak kalau orang tak biasa nak makan laksa johor….tapi alhamdullilah, memang diluar dugaan kak rose, dengan lima kilo ikan kembung yang gemuk2 buat kuah tu…. habis semuanya, siap menambah2 lagi derang makan… susah nak jumpa laksa johor yang sedap cenggini kat sini katanya.

 kak rose guna resepi dari blog Azie sebagai panduan… dan selebihnya main ikut apa yang tekak kita rasa sedap la kan…. dan syukur sangat2 ramai yang menyukainya.. mekasih ya Azie kerana resepinya.. dan kak rose gandakan lima kali bahan2 untuk laksa ni.

Laksa Johor






Bahan bahan:


1 paket spaghetti – makan 10 orang


1kg ikan sardin/selayang (rebus)


¾ cawan rempah kari ikan Babas (kak rose guna kari adabi)


½ cawan cili kering yg dikisar


¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)


2 cawan santan pekat


3 cawan air


½ cawan minyak masak


1 sudu besar kerisik


Garam


Serbuk perasa

Asam keping (kak rose tambah)




Bahan kisar:


5 batang serai


2 inci halia


2 inci lengkuas


5 biji bawang besar

 

Cara cara:


Ikan
dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang
nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang
tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.




Panaskan
periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai
naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit.
Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.




Pastu
masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit
minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan
air dan 2 cawan santan. masukkan juga asam keping Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan
kerisik.

 

 memula tu rebus 3 packet jer spaghetti ni…. dan akhirnya tambah lagi 3 packet… Alhamdullilah, semuanya habis….

 menyediakan ulam2… potong timun ni yang amik masa…. 

konon le nak wat cantik2 kan…

 daun kesum yang segar from my own sekangkang kera garden

Ulam ulam:


Timun


Taugeh


Daun kesum/daun selasih


Kacang panjang


Limau kasturi


Lobak asin (kak rose tak de yg ni)

Bawang besar

Sambal lada (lada merah+ciliapi+udang+asam limau, blend)

 

laksa johor dan lontong untuk tetamu kak rose…

ep2p-2