Kongsi gambar bercium, Sharifah Sakinah dikecam.

Memang la normal ko nak bercium mulut dengan suami sendiri.. Tapi, jadi tak normal bila gambar ko bercium dengan suami sendiri dikongsikan kat laman sosial.. Semua orang tahu benda tu tak salah atau haram.. Cuma tak perlu kot nak kongsi gambar macam tu..

Kalau dah gambar cium pun nak kongsi, gambar atas katil dengan suami tak nak kongsi? Sharifah Sakinah dikecam peminat sebab kongsikan gambar bercumbu dengan suami kat laman Instagram.. Siapa kenal Kinah, memang dah tahu perangai pelik dia..

Apa yang korang rasa tak patut buat, benda itulah yang dia akan buat.. Ramai peminat sifatkan benda macam ni tak patut dipamerkan pada khalayak ramai.. Nak cium ke hape, simpan jelah kat rumah.. Orang tak teringin pun nak tengok..

Ada jugak peminat sifatkan benda ini tak salah, ada yang sifatkan benda macam ini romantik.. Hmm.. romantik taik kucing! Sah suami isteri pun tak perlu nak tunjuk benda macam ni ok..

Kinah ni lagi orang tak suka dia buat benda tu, lagi dia akan buat.. So korang cakap la apa pun kat dia.. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. Nanti dapat anak tak dengar cakap, jangan la dok marah sangat ye Kinah.. Turun perangai ko la tu Kinah oit! Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2