Khalid Samad berkeras tak akan keluar PAS walaupun dipaksa.

Pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) yang terbentuk dari ahli Pas yang tewas pada pilihan parti lalu enggan melepaskan jawatan yang dimenangi pada pilihan raya lalu atas tiket parti Islam itu.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam (Pas), Khalid Abdul Samad, wakil rakyat Pas yang menyertai GHB tidak sama sekali akan melepaskan jawatan mahupun keluar dari Pas sehingga GHB di isytihar sebagai sebuah parti.

Jelasnya, mereka tidak akan keluar dari Pas kerana enggan menjadi wakil rakyat bebas kerana dikhuatiri kurang mendapat populariti.

“Kami tak akan keluar Pas, kami tak nak jadi wakil rakyat bebas. Kalau kami keluar Pas, kami akan jadi wakil rakyat bebas. Itu kami tak mahu,” kata Khalid Samad.

Khalid menegaskan, mereka tidak perlu lagi keluar dari parti itu kerana keahlian mereka sebagai ahli Pas akan gugur secara automatik apabila GHB terbentuk sebagai sebuah parti.

Khalid turut mengatakan, jika mereka keluar dari Pas ‘saham’ mereka ini sama seperti Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dan Ahli Parlimen Pelabuhan Klang, Tan Sri Khalid Ibrahim

“Kami tak akan keluar, kami hanya tunggu Harapan Baru terbentuk sebagai sebuah parti, pada masa itu keanggotaan kami sebagai ahli Pas akan gugur dengan sendirinya.

“Jika kami jadi wakil rakyat bebas, kami kena duduk dengan Khalid Ibrahim di Parlimen. Kami tak nak duduk dengan dia, nanti jatuhlah taraf kami macam Ibrahim Ali. Sebab itu kita nak ada parti, bila kita duduk dalam Parlimen, kita akan dilihat sebagai satu parti,” katanya.

Sudahlah mengkhianati parti dengan menubuhkan sebuah parti baru, tetapi enggan melepaskan keahlian dan jawatan yang dimenangi atas tiker Pas pada pilihan raya lalu.

Adakah pemimpin GHB lebih awal mengaku kalah kepada Pas dengan enggan berdiri dengan sendirinya??-Utaranews.com-

ep2p-2