Kenapa Muhyiddin tak boleh terima Qada dan Qadar Allah?

Andy ingatkan pengguguran beliau dari barisan Kabinet tempoh hari, beliau telah dapat menerima keputusan itu dengan hati terbuka. Tetapi hari ini beliau tampil mempersoalkan mengapa kedudukan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri digugurkan oleh Perdana Menteri.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini tampil mempersoalkan tindakan Datuk Seri Najib Razak menggugurkannya dari kabinet selepas tegurannya kepada perdana menteri dilakukan secara berhemah.

Muhyiddin berkata, Najib mahu orang yang tidak bersetuju dengannya menegur secara berhemah, tetapi apabila beliau melakukan begitu, beliau pula digugurkan.

“Kalau sesiapa pun boleh mengemukakan pandangan, berentap meja pun boleh. Cuba tanya presiden parti, pernah tidak saya berentap meja di hadapa beliau. Saya ini kan berhemah, gaya pun macam bodoh je.

“Mana ada hentak meja, mengangkat suara pun tidak ada. Beri pandangan secara berhemah. Salah? Habis kenapa gugurkan saya?

“Tidak apa prerogatif perdana menteri. Dia tidak suka tidak apa. Kita hormat,” kata Muhyiddin.

Aduhai…. meroyan macam mamak Kedah laa pulak Muhyiddin ni. Dah laa meroyan, tak faham bahasa pulak satu hal nya.

Memang laa cara bercakap tu berhemah sebab tak tinggikan suara dan menghentak meja, tetapi masalahnya sekarang cara tu tak berhemah sebab teguran tu dilakukan dihadapan umum.

Nak beri pandangan ke apa ke beri laa secara tertutup, ini tidak… diberikan secara terbuka sehingga semua orang tahu kita pakai seluar dalam warna apa hari ini.

Andy berharap, Muhyiddin dan penyokong tegarnya dapat menerima keputusan ini dan fahami kesalahan yang dilakukan Muhyiddin yang melakukan teguran secara terbuka dan bukannya teguran secara berhemah.-AndyBolat/Utaranews.com-

ep2p-5small