Kedah Juara Liga Perdana 2015

Kedah Juara Liga Perdana 2015
Kedah Juara Liga Perdana 2015

Kedah mengesahkan gelaran juara Liga Perdana 2015 menjadi milik mereka selepas melakar kemenangan besar 5-1 ke atas DRB Hicom FC pada aksi terakhir liga di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Kejayaan itu turut menyaksikan skuad Helang Merah layak secara automatik beraksi dalam saingan Liga Super 2016, bersama-sama Pulau Pinang yang mencatat kemenangan ke atas UiTM FC di tempat lawan, untuk muncul naib juara Liga Perdana.

Selaku juara, Kedah membawa pulang Piala Liga Perdana dan wang tunai berjumlah RM300,000 yang disampaikan oleh Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Almarhum Sultan Badlishah yang merupakan Tunku Laksamana Kedah kepada ketua pasukan, Khairul Helmi Johari.

Isteri baginda, Toh Puan Sri Nora Abdullah turut berkenan berangkat menyaksikan perlawanan itu, bersama-sama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan isteri Datin Seri Norzieta Zakaria.

Pada aksi malam ini, pemain import dari Brazil, Sandro Da Silva menjaringkan hatrik pada minit ketiga, ke-31 dan ke-78, sementara dua lagi gol menerusi Chidi Edeh pada minit kesembilan dan ke-49.

Gol tunggal DRB Hicom FC adalah menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Ivan Babic pada minit ketujuh.

kedah juara, pulau pinang naib juara liga perdana 2015

Pulau Pinang pintas T-Team, rebut slot Liga Super 2016

Di Stadium Hang Jebat, Melaka, pasukan Pulau Pinang mengalahkan UiTM FC 2-0 untuk memintas kedudukan T-Team di tangga kedua liga, sekali gus menyaksikan mereka muncul naib juara.

Taib seawal minit kelapan dan Hilton Mauro Moireira pada minit ke-80.

T-Team pula sekadar menduduki tangga ketiga selepas kalah mengejut 1-2 kepada pasukan bawahan liga, Kuantan FA di Stadium Darul Makmur.

Dua gol skuad The Seagulls dijaringkan oleh Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-17 dan Milan Purovic, selang lima minit kemudian, sebelum T-Team merapatkan defisit jaringan hasil sentuhan penyudah Mohd Mazuki Yusof pada minit ke-54.

Turut mengutip tiga mata adalah pasukan PKNS FC yang mengalahkan SPA Putrajaya FC 3-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka hasil jaringan Nazrin Syamsul Baharin pada minit ke-11, selain dua gol daripada Gabriel Miguel Guerra pada minit ke-26 dan 75.

Negeri Sembilan yang dikenali sebagai NS Matrix musim ini dan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pula mengesahkan slot ke perlawanan play-off Piala Malaysia 2015 selepas melakar kemenangan ke atas lawan masing-masing.

NS Matrix menang tipis 2-1 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi manakala JDT II mengalahkan Sabah 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Kekalahan Kuala Lumpur di Paroi menyaksikan pasukan itu dan SPA Putrajaya FC yang menghuni tangga tercorot liga, diturunkan untuk beraksi dalam Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada musim depan.

ep2p-2