‘Kami Kenal Suara Menteri Besar’

KUALA PILAH – Seramai 30 pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh Dun Seri Menanti membuat satu laporan di Balai Polis Seri Menanti, semalam berhubung penyebaran rakaman audio mengkiritik Perdana Menteri yang didakwa suara Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

 

Laporan berkenaan dibuat kira-kira 3.45 petang diwakili Pengerusi JKKK Terachi, Ahmad Awaludin.

 

Ahmad berkata, beliau bersama JKKK di Dun Seri Menanti menyifatkan penyebaran rakaman audio yang menjadi viral di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp jelas bertujuan memburukkan Menteri Besar.

 

“Kita menyangkal sekeras-kerasnya suara dalam audio itu milik Menteri Besar.

 

“Kami kenal pemimpin kami terutama Menteri Besar dan individu tidak bertanggungjawab itu cuba menjatuhkan imej Negeri Sembilan atas pembohongan itu,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan, semalam.

 

Ahmad berkata, seluruh JKKK Dun Seri Menanti berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya dan menyelidik rakaman audio itu.

 

Hadir sama ketika membuat laporna, Adun Seri Menanti, Datuk Abd Samad Ibrahim. – Sinar



This entry was posted in Berita (Semasa), Terkini. Bookmark the permalink.