Ini punca kenapa majalah Ujang dan APO dihentikan pengeluaran.

Sedih bila majalah Ujang dan Apo dah tak ada dijual dipasaran lagi selepas syarikat MOY Publication (penerbit majalah Ujang dan Apo) telah disahkan menutup operasi diorang.

Menurut Pengarah Urusan, Mr Boy (Tuan Yusof Huzairy), dengan berat hati dia menyatakan kos operasi yang besar tak mampu menampung penerbitan majalah secara fizikal untuk jangka masa lama. Trend pembacaan terkini lebih ke arah digital dan dunia penerbitan majalah secara konservatif sedang mengalami kemuncupan.

Tapi korang jangan risau Mr Boy dah ada perancangan baru melalui Bekazon(laman web online) untuk peminat kartun majalah Apo? dan Ujang untuk terus secara online selagi terdapat permintaan yang menggalakkan. Benda ni tak confirm lagi just tunggu dan lihat perkembangan nanti!!

Ohhh.. kalau still ada bagus la ye. Senang nak baca nanti noh! So generasi akan datang berpeluang lagi la nak baca dan mengenal majalah kartun legenda yang menjadi kegemaran ramai orang. Baca majalah ni best gila boleh hilang stress!! MissHana/Utaranews.com

ep2p-5small