Helikopter Terhempas, 16 Polis Maut

Bogota – Sebuah helikopter polis telah terhempas di kawasan hutan di utara-barat Colombia, lapor BBC.

 

Sekurang-kurangnya 16 anggota polis terbunuh dalam nahas itu.

 

Dilaporkan nahas berlaku semasa helikopter berkenaan sedang menjalankan operasi memburu pengedar dadah terhempas di kawasan hutan terpencil semalam.

 

Ketika kejadian, seramai 18 pegawai polis di dalam helikopter jenis Blackhawk terbabit dalam operasi memburu kumpulan dadah Usuga yang terbesar di Antioquia, di barat daya Colombia, demikian menurut Menteri Pertahanan, Luis Carlos Villegas.

 

Dua lagi anggota polis cedera dan melecur dibawa ke hospital berhampiran.

 

“Setakat ini tiada unsur jenayah membabitkan nahas ini,” katanya.

 

Villegas berkata, kawasan hutan tebal dan membabitkan kawasan pergunungan selain cuaca buruk menyukarkan operasi menyelamat yang bermula jam 5.30 pagi waktu tempatan.

 

“Pada ketika ini, secara teori helikopter ini menjunam ke kawasan berbukit dengan kelajuan 120 knot atau 180 kilometer sejam serta ada kemungkinan dihalang oleh awan tebal yang rendah,” katanya.



This entry was posted in Luar Negara, Terkini and tagged Columbia, helikopter, Polis. Bookmark the permalink.