Hanya orang gila saja yang meroyan bila ringgit jatuh.

Bila ringgit Malaysia makin jatuh disebabkan kegiatan Amerika Syarikat membeli matawang USD nya, ramai rakyat Malaysia mengeluh terutamanya yang rajin melancong keluar negara.

Bagi mereka yang rajin ke Siam ataupun ke Indonesia, kejatuhan nilai ringgit merupakan kerugian besar kerana niat mereka untuk berbelanja mewah seperti sebelum ini agak terbantut.

Tapi dengan kejatuhan nilai ringgit sepertimana penyusutan nilai kebanyakan matawang asing di asia tenggara, terdapat kebaikan yang dikira akan menguntungkan ekonomi Malaysia.

Ini dijelaskan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mengulangi kenyataan bahawa penurunan nilai Ringgit baik untuk pelancongan negara.

Katanya, ini adalah masa sesuai pelancong asing melabur wang di negara ini dan pelancong tempatan pula lebih memilih untuk melancong dalam negara.

“Penurunan mata wang Ringgit baik untuk pelancongan, pelancongan dalam negeri. Apabila wang kita lemah, adakah anda pergi ke London? Di mana anda membelanjakan wang anda?

“Anda akan membelanjakan wang anda di Port Dickson dan Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengisytiharan Warisan Kebangsaan kali keempat di Muzium Negara pada Selasa.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, hanya orang gila sahaja tidak akan memahami apa yang diperkatakannya.

“Hanya orang gila yang tidak memahami bahawa penurunan mata wang Ringgit membawa kepada kebaikan kepada pelancongan,” katanya.

ep2p-5small