Gadis Kelantan insaf dan bertaubat selepas offer diri pada 100 lelaki

Seorang perempuan yang dikenali Sa, 21 dari Bachok, Kelantan terpaksa melacur diri selepas dijual oleh seorang kawan lelaki yang tak berguna jual dia kat bapa ayam. Dia mengaku lebih dari 100 lelaki dah pernah rasa tubuh dia.

Sebenarnya Sa ni datang dari family susah. Dia anak yang kelapan dari sembilan adik beradik tapi dia dah dihalau keluar sebab perbalahan adik beradik.

“Kehidupan kami umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Saya adalah anak kelapan daripada sembilan beradik. Kehidupan yang daif memaksa kami untuk mencari pekerjaan sendiri demi mendapatkan sesuap nasi.

“Saya juga terpaksa berhenti sekolah sejak darjah enam lagi dan turut mencari pekerjaan sendiri termasuk bekerja di kedai makan di merata tempat untuk menyara keluarga,” kata Sa.

Kawan lelaki yang tak berguna tu bodek Sa kata ada pekerjaan di Kota Bharu. Manusia bertopengkan setan ni sebenarnya nak jual Sa tu kat bapak ayam. Keji betul!!! Tapi bila dah membiasakan diri menjadi kupu-kupu malam buat Sa hanyut dengan limpahan duit yang ditabur oleh lelaki yang meratah tubuh dia.

“Memang nampak mudah, apabila saya hanya perlu melayan lelaki yang datang mendapatkan khidmat saya dan selesai tugas, saya dibayar mengikut harga yang ditetapkan.

“Lebih 100 lelaki telah melanggan saya dan setiap malam saya memperoleh RM400 hingga RM500 setiap kali dilanggan dan akan bertambah apabila musim perayaan.

“Saya tidak mampu lari lagi dan terus melakukan kerja terbabit, sehinggalah saya ditangkap khalwat bersama teman lelaki berusia 20 tahun dalam sebuah rumah empat bulan lalu dan atas kesalahan itu saya dipenjarakan,” kata Sa.

Dugaan demi dugaan, Sa diuji lagi selepas ditahan dan laporan kesihatan dilakukan mengesahkan dia menghidap HIV.

“Sesungguhnya, saya insaf dan bertaubat kepada ALLAH SWT, semoga segala perlakuan saya selama ini diampunkan dan saya nekad untuk berubah demi untuk meneruskan kehidupan walaupun dalam jangka masa yang tidak lama.

“Sedih memang sedih. Kadangkala jika tidak mempunyai pedoman mungkin saya akan bunuh diri, namun saya harap selepas dibebaskan Disember ini, saya berjanji dengan teman lelaki untuk berkahwin walaupun berat hati saya untuk menyatakan kepada bakal suami bahawa saya disahkan menghidap HIV,” kata Sa. – MissHana/Utaranews.com

ep2p-2