Gadis 17 tahun dipenggal kepala kerana hubungan sulit dengan sepupu.

Macam-macam la salah sikit tanpa fikir panjang terus menghukum ikut suka hati aje! Di Lucknow, India, dua orang adik beradik penggal kepala adik perempuan diorang dan mengarak sambil bawa kepala adik diorang pusing satu kampung. Kejam gila weiiii!!

Ni semua gara-gara adik perempuan diorang ada hubungan sulit dengan sepupu mereka. Tu je pun masalahnya!! Tapi menghukum bagai orang tu buat salah besar sangat macam membunuh!

Menurut polis, orang kampung tengok perempuan malang yang dikenali Phool Jehan, 17 diseret keluar dari rumah dan dibelasah dua orang abang gila dia sebelum diorang bertidak bodoh penggal kepala adik diorang sendiri.

Orang yang tengok pun just tengok je macam dok menonton televisyen tanpa bagi bantuan apa-apa pun. Tak guna jadi orang kalau tak saling menolong! Nasib baik pak guard kat situ buat report polis.

Menurut pegawai polis tempatan, selepas penggal kepala adik dorang tu, mayatnya ditinggalkan kat tepi jalan. Dua orang abang tu pulak berarak satu kampung sambil bawa kepala adik diorang sambil melaung bantahan hubungan adik dorang dengan sepupu. 

Pihak Polis sehingga kini masih gagal kesan dua orang adik beradik tu Nanhe dan Gul Hasan. Ntah apa-apa lah dorang ni kann.. Perangai macam dirasuk setan!! – MissHana/Utaranews.com.

ep2p-2