Floyd Mayweather Gemar Tayang Duit

Floyd Mayweather packs thousands of dollars into a designer bag ahead of an upcoming trip  PENYANDANG gelaran juara Welterweight WBC dan WBA, Floyd Mayweather digelar ‘The Money Man’ bukan kerana jumlah wang yang diperolehinya hasil daripada kemenangan tetapi kerana gemar menayangkan wang tunai di laman sosial miliknya.

Dan dia melakukannya setiap kali membuat persediaan untuk keluar membeli-belah secara besar-besaran bersama kumpulan pengikut dan rakan-rakan karibnya.

Yang terbaru, Mayweather memperlihatkan gaya hidup mewah tanpa menyembunyikannya dengan memuat naik foto dia sedang memasukkan sejumlah wang tunai yang tersusun rapi di atas meja ke dalam begnya untuk keluar membeli-belah.

Berdasarkan jumlah nilai matawang AS$100 yang tertera pada setiap susunan wang tunai yang dipamerkannya itu, adalah dianggarkan, jumlah yang dapat dilihat itu tidak kurang dari AS$250,000.

Sebelum itu, peninju berusia 38 tahun tersebut telah mempamerkan foto susunan koleksi kasut-kasut berjenama rekaan Christian Louboutin.

“Satu lagi hari yang berlalu dengan tambahan kepada koleksi sedia ada,” katanya pada kapsyen foto tersebut.

Mayweather poses alongside Andre Berto (right) ahead of the pair's fight in Las Vegas next month

Mayweather baru-baru ini telah mengumumkan bahawa pertarungan terakhirnya sebelum bersara September ini adalah menentang Andre Berto di Las Vegas.

Mayweather mempunyai rekod cemerlang luar biasa 48-0 – tidak pernah kalah atau seri sepanjang pertarungan profesionalnya.

Lawannya Berto, yang berusia 31 tahun adalah bekas juara dunia yang tewas dalam tiga daripada enam perlawanan terakhirnya.

Dunia tinju masih diselubungi tanda tanya mengapa Mayweather memilih untuk menentang Berto.

Tetapi Mayweather hanya menjawab ringkas; “Saya memilih Berto bukan sahaja kerana dia bekas juara dunia tetapi juga kerana dia adalah lawan yang mengujakan.”

ep2p-2