Fezrul Khan Dan Isteri Sah Bercerai

Dah kahwin rupanya pelakon Fezrul Khan ni, Miss A dok ingatkan dia ni tak kahwin lagi..Tapi, kahwin pun tak lama, Fezrul mengasahkan sendiri dia dah pun bercerai talak satu dengan isterinya Noorhafizah Zulkafli kat Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada hari Rabu..

Tapi, buat masa ini Fezrul masih tak mahu beri apa-apa komen lebih lagi pada umum.. Buat masa ini dia masih sibuk dok menjalani penggambaran sebuah drama yang bakal ditayangkan tak lama lagi..

“Hmmm… Ya. Sejak semalam (bercerai) di Mahkamah Hulu Langat. Selebihnya saya tidak boleh bercakap sekarang. Saya belum bersedia.”katanya..

Pasangan ni dah berkahwin hampir tiga tahun.. Hasil perkahwinan dorang dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Farrel Khan yang kini dah berusia 2 tahun..

Sedih la Miss A tengok artis-artis kat Malaysia ni.. Kalau tak dengar pasal cerai memang tak sah.. Dah la bercerai ada anak-anak.. Bukan apa sedikit sebanyak bila dah mak ayah bercerai ia akan memberi kesan kepada anak-anak.. Harap tanggungjawab pada anak jangan dilupakan.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small