Congo bars

 Asalamualaikum dan salam august buat kawan2 semua… buat congo bars ni untuk hidangan open house kak rose semalam… selain tu buat jugak kek oren moist dan agar2 pandan santan disamping main menunya laksa johor dan lontong johor.  Alhamdullilah semuanya habis, selesai sudah hari raya kak rose tapi kena sediakan soto pulak untuk jamuan raya perumahan kat sini lak pada sabtu depan… muga Allah kurniakan kak rose kesihatan yang baik untuk tolong sediakan tu semua, Insya Allah.

 panas panas! baru kuor dari oben… berposing atas dapor jer!

resepi congo bars ni kak rose copy dari blog kkida, terima kasih kongsikan resepi ni ya…. dan mintak izin nak kongsikan kat sini pulak..

bahan2nya:

2 cawan gula perang
2/3 cawan mentega masin

pukul kedua bahan atas hingga berkrim

3 biji telur ukuran besar, pukul sedikit, tuang perlahan dan kacau rata
dengan butter dan gula tadi…kemudian masukkan 1 sudu teh vanilla
esen…gaul rata

2 1/2 cawan tepung
2 1/4 tsp baking powder
1/2 tsp garam

gaul rata bahan diatas dan masukkan ke dalam adunan tadi…masukkan 2 cawan chocolate chips
gaul sebati…ratakan doh ke dalam dulang bakar yang telah
digris…bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga
masak…bahagian tengah kek biar tak masak sepenuhnya…lembut gitu…:)

kkida bakar lebih 30 minit sbb nak tengahnya masak betul…anda boleh
tutup permukaan kek dengan aluminium foil supaya tak terlalu
perang…selamat mencuba…

ep2p-2